Wednesday, April 13, 2011

Hubungan antara KETUA dan PEKERJA

Assalamualaikum semua.. moga sihat2x la ya..hehe *makin hari makin skema pula diriku ini..muahahaha prasantan!

entri kali ni nak sokseksoksek pasal tajuk kat atas tu la.. Bagaimana hubungan anda bersama majikan anda?? ok ke k0?? atau bagaimana hubungan korang dengan pekerja bawahan anda?? hurm, ni nak kongsi tips2x la bagaimana menjadi seorang PEKERJA yang bagus, sama2x lah kita memperbaiki diri ea o.0



anda sebagai KETUA ;

> hormatilah bekerja bawahan anda tak kira lah dia hanya berkelulusan rendah sebab kalau nak org menghormati anda mulakanlah dengan menghormati org lain. Jangan dengan pegawai2x atasan je baru nak `berbaik-baik'.. pekerja bawahan yg menjadi tulang belakang, korang taknak pandang pula dia. Kesian3x. Ingat, sedangkan binatang pun ada perasaan, inikan pula manusia!

> memahami tugasan para pekerja. Janganlah sebagai ketua tu tau nak mengarah je, cubalah memahami tugas-tugasan para pekerja korang tu baru senang + yakin semasa nak beri arahan. Karang pekerja korang tu buat kerja lambat mcm siput sedut korang gak yang mengamuk. Sekali tgk, rupanya tugasan yG diberi bknnya tugasan dia pown!

> tunjukkanlah kredibiliti anda sebagai ketua. Bukannya bermaksud menjadi tegas overdose, terlalu garang ke, terlalu lembut ke.. agak2xlah o.0 buktikan gak kerja anda sebagus, sebaik dan sehebat para pekerja anda. Takkan lah nama je ketua tp kerja hempeh~ kan3x??

> dekati pekerja anda. Sebaik-baiknya anda mengenali latar belakang staf anda sebab bimbang tersentuh isu2x yG sensitif para pekerjanya tu.


anda sebagai PEKERJA [yg punyai majikan yaw..hehe]

> sama gak, hormatilah ketua anda. Walau macamana pun, dia tu ketua korang. Even dia tu se'umur ka, lagi muda ka, @ bestfrend korang ka, gf @ bf ka, bapa ka dan yang sewaktu dengannya ka.. Ingat! dia tu bos, jadi semasa kerja tu ingatlah, dia tu ketua anda. Kalau dak kat luar pejabat tu, lain la cerita..hehe ;)

> bekerja la dengan bersungguh-sungguh. Ada proses mendapatkan pekerjaan ni memerlukan proses temu duga kan? Jadi kalau dan dpt pekerjaan yg dikehendaki tu, buktikan la anda layak mendapat dan memegang jawatan tu. Jangan just hangat2x taik ayam..hoho

> memahami ketua anda. Mesti faham apa kemahuan ketua tu, @ emosi dia masa tu ka @ apa tugasan ketua anda.


selain tu;

> majikan dan pekerja mesti pandai mengambil hati. Bukannya nak membodek oke. Pa salahnya kalau ketua tu puji2x sikit hasil kerja staf dia, mesti dia lebih bersemangat nak hasilkan kerja yG lebih baik masa akn datang. Kalau staf bawahan tu pula, bukannya memuji untuk `merasuah' tp anda menghargai @ mangkagumi sifatnya sebagai seorang ketua. At least, dia tau gak yG para pekerja menyenangi cara dia bekerja.

> ada interaksi antara ketua dan staf bawahan. Ni penting bagi memudahkan pengurusan kerja tu berjalan lebih lancar, membuatkan wujud keselesaan bekerja bersama [taklah kekok kan??] selain tu, teguran tu hendaklah dilakukan dengan cara yG betul, janganlah pula sampai menjatuhkan air muka.

> janganlah jadi `bos' tambahan. mesti korang rasa meluatkan kalau ada `bos' kedua. tiba2x pula pandai bagi arahan dah tu mengalahkan bos betul la pula.. rasa mcm nak BAKO je org camni ni.. grrrr...




nota coklet : ni pendapat dan pandangan aku ja, tidak menyentuh mana2x pihak tp kalau ada terasa i'm sory baby! hehehe ;) pe pon, takde seorang pun ketua@pemimpin di dunia ni 100% disukai semua org, betul kan??




3 insan doakan kebahagiaanku:

nur hafiza rahsid said...

seronok bekerja kalau bos dgn pekerja ngam tak ada selisih faham/takut melampau2.hehe

mama zakuan said...

mama pun seronok kerja di bawah bos mama sekarang

Anonymous said...

hehe... btul tu.. sy sokong sgt2 bos n pkeja plu ada hubungan yg baik bru la keja smunya mudah beres..smooth jer... bdasarkan pngalaman yg sy rasa pun mcm tu.. klo bos baik kita pun buat keja baik..hehe...tp klo bos marah2 tak tentu pasal keja pun hamburr uwaaaa...

 

Copyright © 2011 Reserved to Bukan Cerita Tentang Coklat Design with love by CikBulat